Shuib didenda RM10,000 promosi vape

Iklan
Shuib

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pelakon dan pelawak, Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana mempromosikan produk tembakau di podcast, dua tahun lalu.

Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 42, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Ezrene Zakariah.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara selama satu tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga penerbit podcast terbabit didakwa mempromosikan produk merokok Soundvape yang melanggar Seksyen 9(1) iaitu mengambil bahagian dalam sebarang perkiraan yang mempromosikan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Iklan

Ia dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok.

Kesalahan didakwa dilakukan melalui Dol’s Podcast di pautan YouTube pada jam 4.26 petang, 22 Oktober 2024 yang telah dibaca oleh pihak Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, boleh dihukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i) akta yang sama.

Jika disabitkan bagi kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, peguam, Ahmad I’zzudin Ahmad Nadzri mewakili usahawan itu berkata, perjanjian mengenai mempromosikan vape dalam audio siar berkenaan dibuat sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dikuatkuasakan oleh Kerajaan, pada 10 April 2025.

Sedangkan beliau berkata, kesalahan yang didakwa dilakukan OKS ialah pada 22 Oktober 2024.

“Video yang mempromosikan bahan tersebut tidak memberi impak kerana dia mengambil inisiatif untuk menurunkan audio siar tersebut secepat mungkin.

“Ini menunjukkan dia mengambil langkah terbaik untuk mematuhi undang-undang maka OKS wajar diberi keringanan dengan mengenakan denda yang minimum,” katanya yang hadir bersama peguam, Sa’eed Khaliq.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kua Ah Kiong berkata, OKS jelas melanggar akta berkenaan kerana mempromosikan produk sedangkan produk itu memberi kemudaratan kepada orang awam.

“Ketika ini, penggunaan vape membabitkan kanak-kanak dan remaja di sekolah semakin meningkat.

“Terutama OKS yang juga seorang selebriti, telah mempromosikan produk berkenaan, berpotensi mempengaruhi peminatnya,” katanya.

Dalam prosiding sama, Pengarah Syarikat Bangsawan Distribution, Mohd Redzuan Hamizan Rahim turut didenda RM10,000 atau penjara selama satu tahun, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menjadi penaja kepada siaran podcast terbabit, bagi mempromosi vape tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd Redzuan, 34, selaku OKS didakwa menaja audio siar yang dimuat naik menerusi satu pautan di YouTube dan disiarkan kepada orang awam pada tarikh sama dan didakwa mengikut seksyen serupa.

Usaha mendapatkan komen Shuib berhubung kes terbabit gagal apabila usahawan itu menggunakan laluan lain dan tidak bertemu pihak media yang menunggu di lobi mahkamah sejak awal pagi.