DATA rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kekal mencatat gaji median sektor formal tertinggi.
Kuala Lumpur merekodkan gaji median sebanyak RM4,064 sebulan, diikuti Selangor (RM3,145) dan Pulau Pinang (RM2,927), jauh melepasi median nasional RM2,864.