Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

Iklan
Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

KUALA LUMPUR - Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Iklan

Harris Idaham berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli Bersatu.

Iklan

Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai perkara itu hari ini.

"Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya. - Bernama

 

 

TAG: Bersatu, Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, pecat, rayuan, Armada Bersatu