Ilham Centre nafi dapatan konvensyen khas Pemuda UMNO
Iklan
Hisommudin memberitahu, pembentangan dapatan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyataan rasmi institusi berkenaan.
SHAH ALAM – Pembentangan yang disampaikan felo firma penyelidikan, Ilham Centre pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO minggu lalu tidak mewakili dapatan rasmi, pendirian institusi atau analisis berasaskan data badan pemikir itu.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, pembentangan oleh Mujibu Muis mencerminkan pandangan peribadi dan tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyataan rasmi institusi berkenaan.
Iklan
Iklan
"Segala maklumat, tafsiran dan kesimpulan yang dibentangkan adalah tanggungjawab sepenuhnya pembentang dan tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyataan rasmi Ilham Centre.
"Sebarang rujukan kepada dapatan rasmi hanya sah apabila dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi institusi termasuk laporan, kenyataan media atau pembentangan yang diberi mandat secara rasmi oleh pihak pengurusan Ilham Centre,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Dalam pada itu, Hisomuddin menjelaskan, organisasi itu menghormati kebebasan bersuara dan kepelbagaian pandangan akademik serta analisis yang dikemukakan oleh panel jemputan dalam platform wacana awam.
Penjelasan itu susulan pembentangan satu tinjauan oleh Mujibu pada konvensyen berkenaan yang melibatkan 1,800 responden dan mendakwa hanya 15 peratus responden Melayu sanggup menerima kerjasama antara Umno dan DAP, manakala 62 peratus menolaknya dengan keras.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>