Tun M dimasukkan ke IJN

Iklan
Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff ketika dihubungi Astro Awani hari ini.

Iklan
Iklan

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung keadaan kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri yang kini berusia 100 tahun itu pernah dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi. - Awani