Empat pelajar melecur selepas eksperimen guna 'thinner' di sekolah

Iklan
Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Odisha.

ODISHA - Empat pelajar dilapor melecur teruk selepas melakukan eksperimen dengan 'thinner' cat di kawasan sekolah.

Polis Rayagada, Superintenden Swathy S Kumar berkata, seorang pelajar Tingkatan 8 bernama Binod, memanggil empat pelajar yang lebih muda ke atas bumbung sekolah kira-kira jam 2.30 petang, Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Binod mahu menunjukkan kepada mereka bagaimana 'thinner' itu mudah terbakar.

"Dia menuangkan sedikit thinner dan menyalakannya dengan api sebelum menuangnya lebih banyak.

Iklan

"Api merebak dengan cepat dan menyambar pelajar lain, mengakibatkan kecederaan,” katanya.

Pelajar yang cedera dikenali sebagai Rohit dan Biraj (Tingkatan 7) serta Sudam dan Nalina (Tingkatan 5).

Iklan

Kesemua mangsa mengalami melecur teruk dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Swathy berkata, kecederaan Biraj paling kritikal dan sumber hospital mengesahkan bahawa semua empat pelajar masih dalam keadaan serius di bawah pemerhatian perubatan intensif.

Bagaimanapun, ibu salah seorang mangsa telah menafikan dakwaan eksperimen itu dan mendakwa Binod dengan sengaja melemparkan 'thinner' ke atas keempat-empat pelajar dan menyalakan api pada mereka.