Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi

Iklan
Fadil

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan teruk termasuk gigi hadapannya tercabut serta lebam pada bahagian kepala, telinga dan mata selepas dipercayai didera ibu kandungnya sendiri yang berusia 21 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Sentul di sini.

Selain itu, mangsa turut mengalami lebam pada badan, tangan dan kaki, luka di paha kiri dan kanan serta bibir kering dan berdarah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.53 malam, Sabtu lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai didera secara berterusan sejak dua minggu lalu, menyebabkan kecederaan parah sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Iklan

"Susulan itu, polis menahan ibu mangsa dan permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyatan pada Isnin.

Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Menurutnya, mangsa merupakan anak tunggal kepada suspek yang bekerja sebagai penjual pakaian secara dalam talian, dan semakan mendapati wanita berkenaan mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah. - Awani