Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih

Iklan
Selangor FC mengesahkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu. Foto fail Bernama

SELANGOR FC mengesahkan pelantikan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Gergasi Merah, berkuat kuasa mulai Isnin.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, Selangor FC turut memaklumkan bekas jurulatih interim, Christophe Gamel, dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.

Iklan
Iklan

"Kelab yakin Kim Pan-gon mampu meningkatkan prestasi pasukan utama Selangor FC serta memastikan skuad Gergasi Merah terus bersaing di peringkat tertinggi.

"Christophe Gamel pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda, khususnya bagi pasukan bawah 23 tahun serta program pembangunan akar umbi kelab," jelas kenyataan itu.

Iklan

Kim Pan-gon mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak tempatan selepas pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari tahun 2022 hingga 2023.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih Ulsan Hyundai, salah sebuah kelab ternama di Korea Selatan. - Awani

Iklan