Lori pasir tidak turunkan 'bucket' rempuh tiang lampu isyarat

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan timbau lori pasir tidak diturunkan sebelum merempuh lampu isyarat dan kabel elektrik di Pekan Nenas, Pontian pada Isnin.

PONTIAN - Sebuah lori pasir yang dipandu dengan bahagian belakangnya atau 'bucket' (timbau) tidak diturunkan sehingga merempuh tiang lampu isyarat di Pekan Nenas yang video kejadiannya tular pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, pihak polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Tindakan akan diambil kerana melibatkan kerosakan harta benda awam.

"Kertas siasatan akan buka mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu tular video berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan 'bucket' lori pasir merempuh tiang lampu isyarat di Pekan Nanas.

Dalam video itu juga kelihat seorang pengguna jalan raya menjerit kepada pemandu lori tersebut sebelum tiang lampu isyarat tersangkut pada muatan itu.

Iklan

“‘Bucket’ kau naik itu. Aku dah cakap 'bucket' kau naik, kau pergi hentam juga. Kau nampak apa? Dia turunkan pula terus tertarik lampu isyarat sekali.

“Teruk dia tarik lampu isyarat ini. Sekarang, macam mana aku nak lalu sini,” katanya.

Dalam video itu turut memperlihatkan deretan kenderaan membunyikan hon dan teragak-agak untuk memotong kenderaan berat itu.

Menjengah ke ruang komen, ramai meluahkan kebimbangan dengan situasi tersebut selain membahayakan pengguna jalan raya lain.