Lelaki dipenjara lima tahun, satu sebatan miliki kerambit
Iklan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.
Hakim Nik Habri Mohamad menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin, 44, kerana memiliki sebilah kerambit berhulu warna coklat berukuran 12 sentimeter di tepi Jalan Kampung Telong, Bachok, jam 5.20 petang pada 29 Disember tahun lepas.
Iklan
Iklan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.
Iklan
Mohd Nazrulhisam yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan kerana dia perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah serta masih tinggal bersama ibu bapa. - Bernama 
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>