Kenderaan asing isi RON95 wajar disenaraihitam, dilarang masuk Malaysia 2 tahun - Jimmy Puah

Iklan
Jimmy Puah

JOHOR BAHRU – Kenderaan asing yang melanggar peraturan dengan mengisi petrol subsidi RON95 sewajarnya disenarai hitam dan dilarang memasuki Malaysia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, gesaan itu dibuat susulan beberapa kes tular di media sosial membabitkan kenderaan berdaftar asing, khususnya dari Singapura.

Iklan
Iklan

Naib Pengerusi PKR Johor itu berkata, kes tular yang mendapat perhatian ramai termasuk kenderaan asing menutup nombor plat untuk membeli RON95 dan kejadian sama turut dilaporkan di utara semenanjung.

Jelasnya, penguatkuasaan sedia ada yang hanya menumpukan kepada stesen minyak tidak mencukupi, sebaliknya pemandu kenderaan asing juga wajar dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Iklan

"Pada masa ini, hanya stesen minyak dipertanggungjawabkan dalam kes sebegini, manakala pemandu tidak dikenakan tindakan menurut kepada Seksen 12A di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Saya mencadangkan agar kerajaan memperluaskan penguatkuasaan supaya pemandu turut bertanggungjawab dan dikenakan denda jika bersalah

Iklan

"Selain itu, kenderaan asing yang melanggar peraturan wajar disenarai hitam dan dilarang memasuki Malaysia sekurang-kurangnya dua tahun bagi memberi pengajaran dan mengelakkan kejadian berulang," katanya dalam kenyataan.

Tegas Jimmy Puah, perbuatan menyalahgunakan RON95 bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah tidak menghormati kepentingan rakyat Malaysia.

"Ketika ini, harga RON97 ialah RM3.16 seliter, manakala di Singapura RON95 berharga SGD 2.736 seliter (RM9.60). Ini bermakna, walaupun membeli RON97 di Malaysia, harga masih lebih murah lebih tiga kali ganda berbanding di Singapura.

“Isu ini bukan soal ‘berkira harga minyak’, tetapi soal hormat dan integriti. Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelawat asing, namun mereka mesti menghormati undang-undang serta dasar negara ini,” katanya.