Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menasihatkan akar umbi parti itu agar tidak mengikut rentak pihak lain serta tidak mudah diprovokasi berhubung isu desakan supaya DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Anthony berkata, DAP tidak akan membuat sebarang keputusan berdasarkan tekanan mana-mana pihak, sebaliknya akan menentukan hala tuju parti mengikut pertimbangan sendiri demi kepentingan parti dan pengundi yang diwakili.