9,296 mangsa pelaburan tidak wujud, kerugian lebih RM1.37 bilion

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 9,296 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM1.37 bilion, sejak Januari hingga November lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam kenyataan di Facebook memaklumkan golongan berusia antara 41 hingga 50 tahun merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,088 orang.

Iklan
Iklan

"Ia diikuti mangsa berusia 51 hingga 60 tahun iaitu seramai 1,988 orang. Jumlah kerugian mencecah RM 1,373,305,426.77," katanya.

Menurutnya, sindiket pelaburan tidak wujud menawarkan peluang keuntungan kononnya lumayan, namun hakikatnya bertujuan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tanpa sebarang aktiviti pelaburan sebenar.

Iklan

"Antara taktik yang sering digunakan termasuk janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat, dakwaan risiko rendah atau tiada risiko, tekanan supaya mangsa membuat keputusan segera serta penggunaan nama syarikat yang tidak berdaftar atau tidak berlesen.

"Sindiket juga dikesan memanfaatkan kekurangan maklumat jelas berkaitan pelaburan yang ditawarkan selain menggunakan individu berpengaruh (pempengaruh) di media sosial bagi meyakinkan orang ramai," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta membuat semakan latar belakang syarikat atau individu terlibat sebelum melaburkan wang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.