Kelantan rakam penghargaan tindakan pantas PM arah titi gantung runtuh diganti
Iklan
Suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar cemas apabila sebuah titi gantung runtuh menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Nassuruddin
KUALA KRAI - Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tindakan pantas mengumumkan serta mengarahkan supaya penggantian titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini pada Khamis dilaksanakan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, beliau sudah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai untuk menyelaras semua urusan berkaitan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi berkaitan.
Iklan
Iklan
"Hal ini bagi memastikan kerja-kerja penggantian jambatan dapat digerakkan dan dilaksanakan secara teratur.
"Kerajaan negeri komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi menjamin kebajikan rakyat serta memastikan kemudahan awam yang selamat dan berfungsi dapat disediakan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai dan Ahli Parlimen Kuala Krai sudah mengambil langkah segera dengan turun padang serta menggerakkan tindakan awal bagi membantu mangsa dan memastikan keselamatan penduduk setempat sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Katanya, kerajaan negeri menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan kepada semua mangsa yang terlibat serta mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Iklan
Mohd Nassuruddin memberitahu, dengan kerjasama erat semua pihak, penyelesaian dapat dilaksanakan dengan pantas dan segera.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini.
Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.
Menurut Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor war"><meta itemprop="description" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buangpetisuarademinyawa #kansertiroid #bekaspesakitkanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-21T06:53:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a5diq1fcLPJCxeVhf/x120"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0gylw"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0gylw"></script>