BEAUFORT- Seramai 64 penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Suasa di sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, operasi memindahkan kesemua mangsa dilakukan oleh sepasukan anggotanya yang membuat pemantauan banjir di sekitar daerah ini.
Iklan
Iklan
"Seramai 64 mangsa terdiri daripada 20 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan bermula kira-kira jam 5 petang menggunakan lori bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Pemantuan di kawasan yang dinaiki air turut dijalankan dari semasa ke semasa oleh pasukan bomba menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan ketika ini pihak kita dalam keadaan siap sedia untuk operasi pemindahan mangsa yang terjejas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan 13 kampung di daerah tersebut terjejas akibat banjir susulan paras air Sungai Padas meningkat disebabkan hujan berterusan di Keningau sejak Khamis.
Sementara itu, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort, Mohd Nazri Ajun turut mengisytiharkan Beaufort sebagai kawasan bencana banjir.
Artikel Berkaitan