Lelaki ditemui maut dengan 12 kesan tikaman

Iklan
Seorang lelaki ditemukan maut dengan 12 kesan tikaman dipercayai dibunuh di sebuah rumah Pangsapuri Damai Ria, Mantin.

NILAI - Seorang lelaki ditemukan maut dengan 12 kesan tikaman dipercayai dibunuh di sebuah rumah Pangsapuri Damai Ria, Mantin di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia 30-an tersebut sekitar jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di lokasi mendapati, mangsa mengalami 12 tikaman termasuk di belakang kepala, dada dan leher.

"Justeru, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki melibatkan kes bunuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada tangkapan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang juga rakan serumah mangsa pada jam 5.17 petang pada hari kejadian.

Ujarnya, kedua-dua suspek telah direman tujuh hari bermula pada Rabu hingga 6 Januari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Iklan

Jelas beliau, pemeriksaan forensik ke atas si mati telah dijalankan dan siasatan masih diteruskan secara menyeluruh melibatkan pelbagai sudut termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keterangan saksi, analisis forensik serta siasatan teknikal.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan penglibatan individu lain dan siasatan masih berjalan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Beliau turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai atau balai polis berhampiran.