Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada hingga esok

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Rabu sehingga esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Rabu sehingga esok.

Dalam kenyataan pagi ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan, manakala tahap waspada di Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong.

Iklan
Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan