Tiada pelanggaran kenderaan di R&R Jejantas Ayer Keroh - JSPT

Iklan
Rakaman video tular di media sosial

ALOR GAJAH – Tiada sebarang insiden pelanggaran membabitkan sebuah treler dan kenderaan lain di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, seperti yang tular di media sosial pada Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT) Bukit Aman semakan lanjut mendapati kejadian itu pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

"Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurusan operasi kawasan berkenaan selepas penelitian dibuat terhadap rakaman video TikTok yang tular," katanya.

Menurut kenyataan itu, kehadiran anggota PLUS Ronda ke lokasi adalah bertujuan untuk menjalankan kawalan trafik bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan serta keselamatan pengguna jalan raya.

Iklan

"Rakaman berkenaan menunjukkan anggota bertugas mengarahkan pemandu kenderaan yang berhenti dan meletakkan kenderaan di kawasan garisan kuning supaya beredar dari lokasi.

"Tindakan itu diambil kerana laluan susur masuk ke R&R berkenaan merupakan kawasan selekoh dengan bahu jalan dibatasi penghadang besi dan tembok," katanya.

Iklan

Setakat ini pemilik kenderaan belum membuat sebarng laporan polis untuk siasatan.

Susulan itu, tiada siasatan dibuka berhubung kejadian berkenaan kerana tiada kemalangan atau pelanggaran berlaku.