GENEVA - Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin memaklumkan bahawa lebih 150 juta permintaan tiket diterima bagi Piala Dunia 2026, sekali gus mencatat rekod baharu dalam sejarah penjualan tiket kejohanan itu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Peminat dari lebih 200 negara dan wilayah membanjiri platform FIFA.com/tickets selepas fasa Cabutan Rawak dibuka pada 11 Disember.