Warga emas maut, kereta terbabas langgar penghadang jalan

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa dari dalam kereta.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar penghadang plastik di Jalan Thean Teik, berhampiran Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 10.08 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.41 pagi ketika mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah Jalan Air Itam dalam perjalanan menuju ke Lebuh Raya Thean Teik.

"Hasil siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar penghadang plastik yang berada di lorong kanan.

Iklan

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, besi paip yang berada di tempat kejadian telah menembusi kereta di bahagian pemandu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Swee Sake berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam kira-kira 9.51 pagi.

Iklan

Tambah beliau, bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang dan punca kematian disahkan akibat kecederaan di bahagian muka yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.