Pelantikan Menteri Besar baharu, sinar harapan rakyat Perlis

Iklan
Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu. Foto Bernama

PELANTIKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu menandakan fasa baharu pentadbiran negeri yang sebelum ini diterajui Menteri Besar daripada Pas.

Perubahan itu berlaku selepas peletakan jawatan Menteri Besar terdahulu, Mohd Shukri Ramli, atas faktor kesihatan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Pas memaklumkan parti itu mempersembahkan dua nama calon Menteri Besar Perlis kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, manakala Bersatu dikatakan mengemukakan tiga nama untuk diputuskan sebagai Menteri Besar.

Pergolakan politik di negeri berkenaan berlaku selepas lapan ADUN, iaitu tiga daripada Pas dan lima daripada Bersatu, menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyatakan pendirian hilang sokongan terhadap Menteri Besar.

Iklan

Sebelum ini, nama Abu Bakar disebut-sebut bakal menggantikan Mohd Shukri berdasarkan ketokohan dan kepimpinan beliau, khususnya dalam pembangunan sektor pelancongan negeri.

Bagi rakyat, Menteri Besar baharu membawa harapan kepada pentadbiran yang lebih efektif, mesra rakyat dan fokus kepada pembangunan sosioekonomi yang memberi manfaat kepada golongan sasar.

Iklan

Pelantikan itu juga mencerminkan perkembangan politik di Perlis, di mana gabungan parti perlu mengekalkan kesepakatan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

Kerjasama erat antara parti politik, pegawai kerajaan dan rakyat menjadi asas penting untuk memastikan dasar serta program kerajaan dapat diterjemahkan dengan baik di peringkat negeri.

Kecekapan Menteri Besar baharu akan diuji melalui kemampuan menyelaraskan gabungan parti, menangani isu rakyat dan membina keyakinan terhadap pentadbiran yang stabil.

Pelantikan itu memberi peluang kepada Abu Bakar untuk memperkukuh sistem pentadbiran negeri, memperkemas mekanisme pengurusan dan memastikan projek pembangunan berjalan lancar tanpa gangguan birokrasi.

Akhirnya, kejayaan kepimpinan beliau bukan sahaja diukur melalui dasar dan projek, tetapi juga kemampuan membina keyakinan rakyat, mengekalkan kestabilan politik dan mengangkat imej Perlis sebagai negeri yang progresif serta berdaya saing.