Kekosongan 3 DUN: 'Harap jangan sampai PRK diadakan' - MB Perlis

Iklan
Menteri Besar Perlis baharu, Abu Bakar Hamzah (kanan). Foto Bernama

KANGAR -  Isu pengosongan luar jangka tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bintong, Chuping dan Guar Sanji diharap dapat diselesaikan dalam waktu terdekat selain tidak membawa kepada perlaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi-kerusi berkenaan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan ia adalah bagi memastikan penyusunan membabitkan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis dapat dilakukan segera sekali gus melancarkan proses pentadbiran kerajaan.

Iklan
Iklan

"Untuk ADUN (yang kerusi dikosongkan) itu kita serah balik (kepada pihak terlibat), kita sedang menanti apa juga tindakan ataupun rayuan daripada ketiga-tiga ADUN itu.

"Kita amat mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan segera. Kita tak hendak diadakan PRK, supaya penyusunan antara ADUN-ADUN itu dapat diselesaikan segera," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau pada Ahad.

Dalam perkembangan berasingan, Abu Bakar menyatakan bahawa perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu akan dibuat secara seimbang membabitkan ADUN-ADUN daripada Pas dan Bersatu.

Iklan

Untuk rekod, selepas Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan mengumumkan pengosongan tiga kerusi DUN terlibat, komposisi ADUN di negeri itu memperlihatkan Pas dengan enam kerusi diikuti Bersatu lima dan juga Pakatan Harapan (PH), satu. - Awani