JKM sedia selaraskan bantuan makanan daripada NGO

Iklan
Jabatan Kebajikan Masyarakat

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menyelaras bantuan makanan yang disalurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JKM dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyarankan semua bantuan makanan daripada NGO perlu disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

Iklan
Iklan

"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM merupakan agensi yang akan bertanggungjawab mengumpul dan menyelaras sumbangan itu untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

"Bagi tujuan ini, semua bantuan makanan perlu disalurkan kepada JKMN dan PKMD yang berhampiran," kata kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - NGO perlu hantar bantuan ke pusat pengumpulan JKM daerah: Ismail Sabri

Iklan

Tambah JKM, bagi melancarkan proses pengurusan bantuan, KPWKM akan memobilasikan pegawai di kementarian dan agensi di bawahnya.

"Sumbangan bekalan makanan daripada NGO dialu-alukan dan kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan membantu rakyat yang terkesan semasa PKP ini," katanya.

Iklan

Justeru, NGO dinasihatkan menghubungi Bilik Gerakan Negeri dan Daerah jika terdapat pertanyaan berkaitan proses penyaluran bantuan.