HANOI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di tempat kejadian apabila sebuah bas penumpang terbalik di wilayah pergunungan Lao Cai, utara Vietnam pada pagi Sabtu, menurut Agensi Berita Vietnam yang dipetik oleh Xinhua.
Bas tersebut yang membawa 19 penumpang, dilaporkan terbabas di satu laluan menuruni bukit yang panjang.