Ceferin sifatkan liga bola sepak Eropah ‘lenyap’

Iklan
Ceferin

Biarpun tidak mengeluarkan arahan berhubung sebarang penundaan ke musim depan, Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin menyifatkan musim bola sepak Eropah akan ‘lenyap’ sekiranya ia tidak boleh dimulakan semula menjelang penghujung Jun ini.

Ceferin berkata, setakat ini pihaknya telah menerima pelbagai cadangan untuk menamatkan saingan musim ini yang tertangguh berikutan pandemik Covid-19, ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya juga telah menyediakan beberapa plan tersendiri untuk dilaksanakan berhubung perkara berkenaan.

"Sebenarnya ada plan A, B dan C. Kesemua plan ini melibatkan cadangan untuk memulakan saingan pada pertengahan Mei, Jun atau pada penghujung Jun.

Iklan

"Jika tidak, musim ini kemungkinan besar akan ‘hilang.’ Ada kemungkinan untuk memulakan kembali musim ini pada permulaan musim depan.

"Kita akan lihat jalan penyelesaian terbaik untuk semua liga dan juga pasukan (yang bertanding),” katanya.

Iklan

Tambah Ceferin, langkah untuk menamatkan saingan liga domestik akan diberikan keutamaan walaupun ia akan dijalankan secara tertutup.

Bagaimanapun katanya, agak sukar membayangkan jika kesemua saingan liga terpaksa diteruskan dalam keadaan sedemikian.

"Sukar untuk kita bayangkan kesemua perlawanan akan berlangsung secara tertutup.

"Bagaimanaun, kita masih tidak tahu samada kita akan memulakan semula dengan atau tanpa penonton.

"Jika tiada alternatif, adalah lebih baik untuk tamatkan saingan kejuaraan. Tetapi apa yang saya boleh katakan, saya tidak fikir bahawa saingan final bagi saingan kelab di Eropah akan berlangsung secara tertutup,” katanya.

Sementara itu Ceferin berkata, sebarang keputusan untuk menunda siaran Euro 2020 ke tahun hadapan menggambarkan bahawa setiap kecemasan adalah kecemasan bagi UEFA termasuk pasukan.

Justeru katanya, satu sidang video bersama wakil daripada pasukan, pemain dan liga adalah satu tindakan yang wajar dilakukan bagi tujuan demonstrasi, kesatuan dan solidariti.

"Saya juga telah bercakap dengan pihak Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

"Ia penting untuk melupakan soal peribadi dan juga sebarang rasa tidak setuju bersama,” katanya.