Kanak-kanak usia dua tahun maut 'dijamah' ikan piranha

Iklan
Clara (gambar kecil) terjatuh ke sungai berhampiran rumahnya yang tidak mempunyai penghadang. Foto: Agensi

COARI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam serangan ikan piranha yang mengerikan selepas dia terjatuh ke sungai berhampiran rumahnya di negeri Amazonas, Brazil.

Mangsa, Clara Vitoria, dilaporkan tersasar dari kawasan rumahnya pada Isnin lalu dan terjatuh melalui lubang tidak berpagar di atas struktur terapung yang sedang dalam pembinaan untuk bilik mandi baharu.

Iklan
Iklan

Ibu bapanya segera menyedari kehilangan anak mereka dan mencari di sepanjang sungai sebelum menemui Clara lima minit kemudian.

Malangnya, kanak-kanak itu sudah tiada tanda masih hidup apabila diangkat keluar dari air.

Iklan

Pemeriksaan mendapati kebanyakan kecederaan berlaku pada bahagian leher mangsa, berpunca daripada serangan ikan piranha tersebut.

Mayat Clara kemudiannya dihantar ke Institut Perubatan Forensik untuk prosedur forensik, manakala kes ini turut direkodkan di balai polis tempatan.

Iklan

Kawasan tempat mangsa terjatuh tidak mempunyai sebarang penghadang keselamatan, termasuk pagar atau besi penghadang, menjadikan struktur tersebut berisiko tinggi kepada orang ramai terutama kanak-kanak.

Tragedi ini berlaku hanya beberapa hari selepas insiden tragik lain di Sao Paulo, Brazil, di mana dua adik-beradik berusia empat tahun, Yasmin de Morais Brito dan Gael da Silva lemas di kolam renang ketika menyambut perjumpaan keluarga di Dracena pada 20 Disember lalu.

Walaupun usaha menyelamat dilakukan oleh ahli keluarga dan pihak bomba, kedua-dua kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Agensi