[INFOGRAFIK] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB

Iklan

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Najib, 72, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Iklan
Iklan

Ketika membaca keputusan bermula jam 9.13 pagi sebelum bersambung selepas solat Jumaat jam 3.02 petang, beliau berpuas hati bahawa keempat-empat pertuduhan adalah jelas dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Mahkamah menolak hujahan pembelaan bahawa, pertuduhan sebagai kabur dan saling bertindih menyebabkan kesukaran kepada Najib untuk memahaminya serta menyediakan pembelaan.

Iklan

 

ARTIKEL BERKAITAN: Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB

Iklan