JOHOR BAHRU – Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim yang ditahan dalam satu operasi berkala dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini.
Menurut sumber JAINJ, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11. 30 malam pada Khamis, kesemua individu terbabit sedang berhibur dengan alunan muzik yang kuat sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di premis berkenaan.