DUN Perlis: 'Sudah nasihat tetapi mereka tetap berkeras' - Speaker
Iklan
Rus'sele Eizan
KANGAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, sudah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian sebelum ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan berkata, nasihat itu telah diberikan kepada wakil daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak meneruskan hasrat tersebut bagaimanapun, mereka tetap berkeras untuk menyatakan pendirian itu.
Iklan
Iklan
"Sebagai Speaker, saya sudah memanggil dua orang daripada dua parti untuk memberi nasihat supaya mereka tidak meneruskan hasrat mereka.
“Tetapi mereka masih berkeras atas tujuan katanya untuk matlamat asal hanya nak turunkan MB sahaja, namun implikasi ke belakangnya itu mungkin mereka tak tengok.
Iklan
“Bila berlaku itu, bila kamu mengkhianati mana-mana parti pun, parti akan ambil tindakan yang sama,” katanya kepada media di Pejabat Speaker DUN Kompleks Seri Putra di sini pada Khamis.
Dalam sidang media sama, Rus'sele berkata, Pas meminta agar tiga kerusi DUN terbabit diisi semula melalui pilihan raya atas faktor kepentingan kestabilan kerajaan negeri.
Iklan
Ia susulan tindakan Pas menghentikan keahlian tiga ADUN terbabit serta-merta iaitu ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong,Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji; Mohd Ridzuan Hashim akibat tindakan mereka yang mengisytiharkan hilang sokongan terhadap Mohd Shukri.
Berhubung kedudukan kerusi DUN ketika ini, katanya, tiga kerusi Pas terbabit dikosongkan menjadikan jumlah kerusi DUN Perlis kini tinggal 12 kerusi terdiri daripada Pas (6), Bersatu (5) dan PKR (1).
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi (Pas 9, Bersatu 5) manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.