Lelaki 'buang' isteri selepas dilantik pekerja kontrak kerajaan

Iklan
Kisah pilu menimpa Siti turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

GORONTALO - Tular insiden seorang lelaki tergamak mengusir isterinya setelah dilantik sebagai pekerja kontrak kerajaan.

Kejadian pilu itu menimpa Siti Hindrawati di Desa Dunggala, Kecamatan Tibawa, Kabupaten Gorontalo, Sulawesi, Indonesia yang selama ini setia di sisi suaminya yang hanya menjadi pekerja sambilan.

Iklan
Iklan

Klip memaparkan wanita itu 'dibuang' suaminya turut dikongsi menerusi Facebook pada Isnin lalu.

Menerusi rakaman itu, sejumlah perabot dan barangan miliknya turut diletakkan di luar rumah mereka.

Iklan

Sebelum kejadian itu, Siti mendedahkan dia bersama suaminya sering bertengkar, namun dia berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selama hampir 10 tahun.

Wanita itu mendakwa suaminya berubah sikap setelah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja (PPPK) di sebuah agensi kerajaan.

Iklan

"Dia sering mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati saya hingga menyebabkan saya tertekan," ujarnya.

Ramai warganet turut bersimpati dengan nasib Siti dan menyamakan kisahnya dengan peribahasa, habis madu, sepah dibuang.

Ketika ini, Siti dilaporkan menetap sementara di rumah ibunya di Kecamatan Telaga. - Agensi