Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
Iklan
Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun
RINGGIT mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah.
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.0425/0515 berbanding dolar AS daripada 4.0615/0665 pada akhir urus niaga semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pihak Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS susut kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata dalam November yang ternyata lebih rendah daripada jangkaan awal sebanyak 91.7 mata.
“Ini menunjukkan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan mengubah pendirian kelonggaran dasar lebih daripada pengurangan sebanyak 25 mata asas pada 2026,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Mohd Afzanizam berkata, ringgit juga meneruskan momentum peningkatannya hari ini dengan Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.08 peratus kepada 97.863 mata.
Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.7697/7804 daripada 4.7901/7960 pada akhir urus niaga semalam, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4647/4768 daripada 5.4851/4918 serta naik berbanding yen Jepun kepada 2.5940/5999 daripada 2.6039/6072.
Selain itu, ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0277/0639 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.0/241.8 daripada 241.9/242.3, meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.90 daripada 6.90/6.91 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1506/1578 daripada 3.1607/1648.
Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, bersempena cuti umum Hari Krismas dan seterusnya Tahun Baharu pada 1 Jan, 2026.
Operasi akan disambung semula pada hari berikutnya selepas setiap cuti umum itu.
Bagaimanapun, dagangan pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) kekal dibuka sepanjang cuti umum berkenaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>