Mayat kanak-kanak lemas ditemui 1.5km dari Pantai Kemayang

Iklan
Lokasi di mana Muhamad Irfan (gambar kecil) dikatakan bermain air sebelum dihanyutkan ombak deras di Pantai Kemayang, Bachok pada Selasa.

BACHOK - Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada jarak 1.5 kilometer (km) dari Pantai Kemayang di sini pada Rabu.

Sebelum itu mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dikatakan bermain air di kawasan pantai tersebut sebelum dihanyutkan ombak deras kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa.

Iklan
Iklan

Mayat Muhamad Irfan ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi di persisiran pantai Kampung Cerang Laut di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat mangsa yang ditemukan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Sebelum itu, pada jam 9.37 pagi, anggota bomba dan polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan dua buah bot secara 'water surface' dilokasi kejadian.

"Bagaimanapun, mayat mangsa telah ditemukan oleh orang awam pada jam 10.48 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Iklan

Mayat Muhamad Irfan diserahkan kepada ahli keluarga dan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, seramai 16 anggota bomba lain-lain pangkat termasuk bomba sukarela terlibat dalam SAR.

Katanya, ia turut disertai oleh anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Kemayang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang itu, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam.