Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
Iklan
Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan DXY. Foto hiasan
RINGGIT melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).
Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490/0530 pada 3 Mac 2021.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata pada November, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 91.7 mata.
Iklan
Beliau berkata, ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam.
“Sehubungan itu, ringgit berpotensi mengekalkan momentum positifnya, disokong oleh data ekonomi terkini AS,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5934/6076 daripada paras 2.6039/6072 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718/5015 daripada 5.4851/4918, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.7762/8022 daripada 4.7901/7960.
Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524/1701 daripada 3.1607/1648, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0126/0921 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2/242.6 daripada 241.9/242.3 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.92 daripada 6.90/6.91 sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>