Mangsa banjir jalan puluhan kilometer demi kelangsungan hidup

Iklan
Meskipun bebanan berat lelaki ini terpaksa memikul beras untuk dibawa pulang. Foto Agensi

ACEH – Empat minggu selepas bencana banjir lumpur dan tanah runtuh melanda Kabupaten Bener Meriah, Aceh, akses ke jalan utama masih belum pulih sepenuhnya.

Akibatnya, ribuan penduduk dari Kabupaten Bener Meriah dan Aceh Tengah terpaksa berjalan kaki puluhan kilometer melalui laluan KKA (Bener Meriah–Aceh Utara) semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Iklan
Iklan

Perjalanan panjang itu bukan sekadar pengembaraan, tetapi perjuangan untuk mengekalkan kelangsungan hidup keluarga di tengah keterbatasan akses pascabencana berkenaan.

Menurut pemerhatian Tribungayo.com pada Selasa, jalan KKA kini menjadi satu-satunya laluan harapan bagi ribuan penduduk di dataran tinggi Gayo.

Iklan

Meskipun bebanan berat lelaki ini terpaksa memikul beras untuk dibawa pulang. Foto Agensi

Kampung Seni Antara telah berubah menjadi pusat aktiviti ekonomi, sekali gus nadi kehidupan masyarakat yang terkesan akibat banjir lumpur dan tanah runtuh.

Iklan

Di lokasi itu, puluhan peniaga dari Lhokseumawe dan Aceh Utara menjual pelbagai keperluan asas, termasuk beras, gas memasak, bahan bakar minyak (BBM) dan ikan segar.

Namun, untuk sampai ke tempat itu, penduduk terpaksa menempuh jalan rosak yang dipenuhi lumpur dan sisa tanah runtuh.

Ketabahan masyarakat Aceh tidak kira status sosial, semua berjalan seiring, daripada pekerja pejabat, petani kopi, sukarelawan, hingga suri rumah mereka berkongsi jejak lumpur tanpa kenderaan, tanpa pangkat, dan tanpa jarak sosial.

Masing-masing memikul beban sendiri dan ada yang membawa beras, BBM, telur, malah tabung gas memasak di belakang.

Seorang lelaki membawa pulang tabung gas dan BBM. Foto Agensi

Penduduk dari Bener Meriah biasanya membawa hasil bumi untuk dijual ke wilayah Pase, manakala dari Aceh Utara, penduduk membawa pulang beras, gas memasak, dan ikan segar ke kampung halaman.

Selain keperluan harian, ratusan penduduk turut memikul hasil tanaman cili untuk dijual.

Setiap petani memikul beban antara 23 hingga 35 kilogram dan jarak jauh tetap ditempuh kerana harga cili di Lhokseumawe serta Aceh Utara jauh lebih tinggi berbanding di kampung halaman.

Pembaikan jalan lintas KKA masih berjalan dan selama itu masyarakat akan memikul barangan untuk dibawa pulang kerana mereka tiada pilihan lain. - Agensi