AWANG terkejut juga dengan kenyataan seorang menteri Indonesia yang kata bantuan dari Malaysia untuk mangsa banjir Sumatera “tak seberapa.”
Tito Karnavian tidak mahu bantuan luar akan gambarkan “citra Indonesia lemah di mata internasional.” Sudah tentulah menteri itu dikecam bukan sahaja oleh warganegara Malaysia tetapi juga netizen Indonesia. Tan Sri Rais Yatim tegur beliau pasal adab dan budi bahasa.
Iklan
Iklan
Lebih mengejutkan khabar bahawa kerajaan Indonesia menolak bantuan segera dari Emirates Arab Bersatu (UEA). Ada juga berita bahawa bantuan orang Aceh dari Malaysia tersadai di sebuah pelabuhan.
Banjir di Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh kali ini dikatakan yang terburuk dalam sejarah. Daripada kesannya ke atas alam sekitar, lebih teruk daripada tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004. Angka kematian memang tak sebanyak masa tsunami tapi kesannya pada harta benda dan tanah tanih begitu dasyat sekali.
Awang tidak tahu benar tidaknya, kerajaan Indonesia masih belum mengumumkan ini sebagai bencana nasional. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) nampaknya tidak bergerak sepantas sepatutnya. Gabenor Aceh sendiri mengatakan bahawa mangsa kali ini kebuluran akibat bantuan makanan yang tidak sampai.
Hanya pada 22 Disember baru lalu Jurucakap Pentadbiran Aceh mengumuman bahawa bantuan antarabangsa bersifat bukan kerajaan kepada kerajaan dibenarkan masuk. Daripada tiada baiklah “tak seberapa.” Orang berbudi kita patut menerima dan berterima kasih.
Artikel Berkaitan