Menteri Besar Perlis dibenarkan keluar hospital

Iklan
Mohd Shukri dibenarkan keluar Dari sebuah hospital di ibu kota selepas menerima rawatan pada Selasa.

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibenarkan keluar dari sebuah hospital di ibu negara pada petang Selasa selepas menerima rawatan dan menjalani pemeriksaan lanjut susulan mengadu mengalami sakit dada sebelum ini.

Beliau dalam kenyataan pada Selasa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau sepanjang menerima rawatan.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, saya selamat dibenarkan keluar hospital petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kerahmatan oleh ALLAH,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan Mohd Shukri dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengadu sakit dada sejurus pulang daripada urusan luar negara.

Iklan

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, sebelum kejadian Mohd Shukri baru sahaja mengadakan lawatan kerja ke Shanghai, China bagi menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang bertujuan menarik pelaburan serta memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis.

Iklan