Citaglobal raih kontrak UDA Land, JKR
Iklan
Citaglobal memperoleh dua kontrak pembinaan daripada UDA Land (South) Sdn Bhd dan JKR dengan nilai keseluruhan RM82.72 juta. Gambar kecil: Mohamad Norza
KUALA LUMPUR - Citaglobal Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd memperoleh dua kontrak pembinaan daripada UDA Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan nilai keseluruhan RM82.72 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, kontrak bernilai kira-kira RM62.42 juta oleh UDA Land melibatkan kerja-kerja infrastruktur utama di UDA Enclave (Zon B), Bandar UDA Utama, Johor Bahru.
Iklan
Iklan
Skop kerja merangkumi kerja tanah, pembinaan jalan, infrastruktur elektrik, sistem pembetungan utama, sistem pengagihan air serta kerja-kerja berkaitan lain.
Sementara itu, kontrak kedua daripada JKR bernilai kira-kira RM20.30 juta melibatkan Projek Naik Taraf Jeti Labuan.
Iklan
Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh 120 minggu dari tarikh pemilikan tapak, dengan sasaran siap pada April 2028 di Labuan.
Citaglobal memaklumkan, perolehan terbaharu ini meningkatkan nilai keseluruhan kontrak kumpulan kepada kira-kira RM1.8 bilion, manakala nilai kontrak tertunggak (outstanding order book) mencecah sekitar RM1.1 bilion setakat September 2025.
Iklan
Menurut syarikat itu, kontrak-kontrak berkenaan tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan dan struktur pegangan saham utama, namun dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan, pendapatan sesaham serta aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, projek-projek tersebut mencerminkan tahap keyakinan yang berterusan terhadap keupayaan Citaglobal dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur berskala besar.
“Dalam sektor pengangkutan, air, pembangunan bandar dan tenaga boleh baharu, keutamaan kami kekal pada pelaksanaan kerja yang bertanggungjawab dan konsisten, sambil membina platform infrastruktur yang berdaya tahan dan mampan untuk jangka panjang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>