Bersalah miliki dua suami, wanita menangis minta kurangkan hukuman

Iklan
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 minggu selepas mengaku bersalah mempunyai dua suami. Foto hiasan

SINGAPURA - Seorang wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 12 minggu di Singapura selepas mengaku bersalah mempunyai dua suami.

Menurut laporan berita Channel News Asia, Nguyen Thi Phuong, 36, berkahwin dengan seorang lelaki Singapura pada 2008 ketika dia berumur 19 tahun.

Iklan
Iklan

Sekitar 2012, tertuduh kembali ke Vietnam untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum mengahwini seorang lelaki lagi asal Vietnam dan menetap di sana selama beberapa tahun.

Selepas memiliki anak di Vietnam, tertuduh kembali ke Singapura dan bercerai dengan suaminya di negara itu pada 3 November 2017.

Iklan

Setahun kemudian iaitu pada 9 Mac 2018, tertuduh bercerai pula dengan suami keduanya di Vietnam.

Namun, dokumen mahkamah tidak mengandungi butiran lanjut tentang bagaimana perkahwinan bigami itu diketahui pihak berkuasa.

Iklan

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara selama tiga bulan untuk tertuduh.

Wanita tersebut yang tidak diwakili peguam, menangis ketika bercakap di mahkamah menggunakan jurubahasa.

Tertuduh berkata, dia kini ibu tunggal kepada seorang anak berusia 10 tahun, bapanya separa lumpuh manakala ibunya sudah uzur.

Hakim kemudian memutuskan untuk memberikan hukuman lebih ringan kepada tertuduh iaitu penjara selama 12 minggu.

Perbuatan bigami di Singapura membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun berserta denda.