SHAH ALAM - Setelah lebih 10 tahun beroperasi di pasaran tempatan, syarikat pengurusan acara, Creative Creed Associates (Creative Creed) menyasarkan untuk memberi tumpuan bagi meneroka pasaran antarabangsa menjelang 2026.
Pengarah Urusan Creative Creed, Syaiful Bakhtiar Salim berkata, sasaran tersebut bakal disokong dengan rancangan kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka di Indonesia iaitu GM Production.
Menurutnya, rancangan kerjasama berkenaan dizahirkan menerusi sesi perbincangan awal dalam pertemuan dua hala diadakan di Pejabat GM Production di sini pada 17 Disember lalu, bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam industri pengurusan acara dan kreatif.
"Dalam industri acara yang semakin mencabar dan kompetitif, keupayaan untuk berkongsi kepakaran, idea kreatif serta pendekatan pengurusan yang berkesanadalah amat penting.
"Saya berbangga atas kesediaan GM Production untuk meneroka kerjasama untuk kedua-dua pihak mengembangkan lagi perniagaan serta memperluaskan lagi pasaran masing-masing.
"Kerjasama ini diharap dapat menggabungkan kekuatan Creative Creed dan GM Production bagi menghasilkan pengalaman acara yang lebih inovatif, berkualiti danbernilai tinggi kepada klien kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, kehadiran Syaiful Bakhtiar dan delegasi Creative Creed disambut pengurusan tertinggi dan anggota pekerja GM Production diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bapak Sutikno serta Pengarah Jualan dan Pemasaran, Ibu Yuliana Kartikasari.
Mengulas lanjut, Syaiful Bakhtiar berkata, peluang untuk menguruskan acara di lokasi antarabangsa termasuk di Osaka, Jepun tahun ini telah membuka mata mereka di Creative Creed untuk ke peringkat antarabangsa.
“Pada 2026, kami mensasarkan serta fokus untuk meneroka pasaran antarabangsa dalam perniagaan pengurusan acara.
“Selepas beroperasi lebih daripada 10 tahun di pasaran tempatan, saya yakin dan percaya, kami mampu untuk mengembangkan lagi pasaran kami dengan sasaranbaharu ini, Insya-ALLAH,” katanya.
Creative Creed adalah sebuah syarikat pengurusan acara yang berpangkalan di Selangor.