Ringgit ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Iklan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran. Foto hiasan
RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.0770/0800 berbanding dolar AS 4.0740/0785 pada penutup dagangan Jumaat lepas, ketika ringgit mencatat paras tertinggi hampir enam tahun.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit memerlukan pemangkin baharu untuk menghampiri kenaikan seterusnya.
"Ringgit bergerak dalam julat sempit antara RM4.0750 dan RM4.0813 hari ini. Mungkin para peniaga dan pelabur sedang menilai paras semasa ringgit dan potensi pergerakannya pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Mohd Afzanizam berkata, para peniaga juga akan memantau data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat bagi suku ketiga 2025 yang dijangka diumumkan pada 23 Disember.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Ia susut berbanding euro kepada 4.7827/7862 daripada 4.7715/7767 pada Jumaat lepas, merosot berbanding pound Britain kepada 5.4750/4790 daripada 5.4514/4574, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5896/5916 daripada 2.5909/5940.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding rakan ASEAN.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1592/1618 daripada 3.1515/1553, merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0740/0895 daripada 12.9428/9620, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 242.9/243.3 daripada 243.2/243.6, dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.94/6.95. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>