Penerbangan Air India ke Mumbai berpatah balik selepas enjin mati

Iklan
Penerbangan Air India yang berlepas dari Delhi ke Mumbai pada pagi Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi susulan enjin gagal berfungsi.

NEW DELHI - Penerbangan Air India yang berlepas dari Delhi ke Mumbai pada pagi Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi susulan enjin gagal berfungsi, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan
Iklan

Menurut Kementerian Penerbangan Awam, penerbangan Air India AI-887 ke Mumbai berpatah balik ke Delhi akibat masalah teknikal selepas tekanan minyak pada satu daripada enjinnya jatuh ke paras sifar.

Air India memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan pengaturan alternatif untuk para penumpang, selain menyatakan syarikat penerbangan itu akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan.

Iklan
Iklan

Kementerian Penerbangan Awam juga telah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden itu dan meminta laporan terperinci mengenainya. - Bernama/Xinhua