JAKARTA - Seramai 16 orang terbunuh dalam kejadian bas terbalik di susur keluar jalan bertol di wilayah Jawa Tengah, Indonesia pada awal Isnin, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bas itu dalam perjalanan semalaman dari pinggir Jakarta ke Yogyakarta sebelum hilang kawalan dan terbalik di lebuh raya di bandar Semarang, kata Ketua Polis Wilayah Ribut Hari Wibowo.