Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini - MetMalaysia

Iklan
Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini di Timur Semenanjung Malaysia yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut.

KUALA LUMPUR - Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

Iklan
Iklan

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, hari ini. - Bernama