'Didenda jika buat bunyi bising tengah malam di kampung ini'

Iklan
Denda dan penalti tambahan itu akan dilaksanakan di bawah Peraturan Adab Kampung Hakuba sedia ada bagi menarik kunjungan pelancong yang menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu. - Foto Agensi

NAGANO - Sebuah perkampungan di wilayah Nagano, Jepun mengenakan denda untuk beberapa kesalahan yang mengganggu ketenteraman awam.

Ia termasuk menconteng grafiti dan membuat bunyi bising terutamanya pada waktu tengah malam.

Iklan
Iklan

Denda dan penalti tambahan itu akan dilaksanakan di bawah Peraturan Adab Kampung Hakuba sedia ada bagi menarik kunjungan pelancong yang menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.

Rang undang-undang untuk meminda peraturan tersebut diluluskan pada Jumaat lalu semasa mesyuarat majlis kampung dan mendapat kelulusan lapan ahli

Iklan

Hukuman itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2026.

Menurut bahagian urusan am kampung itu, peraturan sedia ada telah digubal pada 2015 bagi tujuan 'memelihara landskap kampung yang indah dan persekitaran hidup yang selesa'.

Iklan

Ia melarang tingkah laku yang 'mengganggu' seperti minum alkohol atau merokok semasa berjalan, namun tidak dikenakan denda.

Di bawah senarai baharu, sebanyak lapan bentuk 'gangguan' bakal berdepan denda sehingga 50,000 yen (RM1,300).

Menurut Institut Penyelidikan Kerajaan Tempatan di Tokyo, sebanyak 20 kawasan perbandaran di seluruh negara termasuk Kamakura, Wilayah Kanagawa, mempunyai peraturan mengenai adab. - Agensi