KUALA KRAI – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Laloh di sini telah ditemukan selamat di Bachok pada Sabtu.
Alisa Safika Noor Azmi dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Tawang pada jam 10.30 malam.
Iklan
Iklan
Tindakan tersebut diambil selepas individu berkenaan membaca laporan media mengenai kenyataan polis berkaitan kehilangan gadis tersebut.
Difahamkan, remaja terbabit tinggal bersama neneknya yang berusia 73 tahun di Kampung Lata Rek.
Dia dilaporkan keluar dari rumah neneknya itu kira-kira jam 2 pagi, dua hari lalu.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat mengeluarkan kenyataan memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Alisa Safika.
“Laporan polis berhubung kehilangan remaja itu dibuat di Balai Polis Laloh pada Jumaat,” katanya.