Hampir dua dekad hilang, rangka wanita Poland ditemui di England

Iklan
Rangka Malgorzata (gambar kecil) telah dijumpai di kawasan belukar. Foto: SWNS

LEICESTER – Penemuan rangka manusia di kawasan semak belukar berhampiran Great Central Way, dekat Watkin Road, akhirnya merungkai kehilangan seorang wanita warga Poland hampir 20 tahun lalu.

Memetik laporan Metro UK, Polis Leicestershire mengesahkan bahawa sisa-sisa mayat berkenaan adalah milik Malgorzata Wnuczek, 27, yang dilaporkan hilang pada 31 Mei 2006.

Iklan
Iklan

Kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika menaiki bas dari tempat kerjanya di Peter Jackson Logistics, Sunningdale Road, menuju ke pusat bandar Leicester.

Malgorzata meninggalkan seorang anak perempuan berusia tiga tahun, Ola, ketika dia dilaporkan hilang.

Iklan

Pasukan forensik berjaya mengenal pasti identiti sebenar cebisan rangka yang ditemui. Foto: SWNS

Pada Jun 2023, polis menjalankan operasi pencarian di Sungai Soar antara Jambatan Mill Lane dan Upperton Road susulan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Poland.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan di kawasan Greater Manchester selepas disyaki membantu pesalah dan menghalang proses keadilan, namun dibebaskan tanpa tindakan lanjut.

Polis memaklumkan bahawa satu kertas siasatan sedang disediakan untuk diserahkan kepada koroner manakala siasatan kes kematian Malgorzata masih diteruskan.

Detektif Superintenden Jenni Greenway berkata, penemuan tersebut menamatkan tempoh panjang ketidakpastian keluarga mangsa, namun tidak semestinya menghapuskan kesedihan mereka.