Kes tipu tawaran kerja sambilan meningkat 146 peratus, nilai kerugian lebih RM200 juta

Iklan
Tiada majikan sah yang akan meminta bayaran pendahuluan bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

KUALA LUMPUR - Penipuan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan pulangan tinggi merekodkan peningkatan sebanyak 5,033 kes dengan nilai kerugian RM83.75 pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, statistik mencatatkan 8,484 kes bagi tahun 2024 dan berlaku peningkatan 5,033 kes pada tahun ini setakat 14 Disember sekali gus peningkatan 146 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dari segi kerugian, tahun 2025 merekodkan RM202.58 berbanding RM118.83 juta tahun sebelumnya iaitu peningkatan RM83.75 juta atau kira-kira 70 peratus.

"Peningkatan ini menunjukkan bahawa jenayah penipuan berkenaan bukan sahaja semakin berleluasa, tapi memberi kesan kewangan yang besar kepada mangsa.

Iklan

"Sindiket penipuan ini lazimnya menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan segera dengan menawarkan pekerjaan sambilan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat sebelum mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan atau pemindahan wang ke akaun keldai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, JSJK memandang serius peningkatan ketara kes penipuan tersebut.

Iklan

Tegas Rusdi, tiada majikan sah yang akan meminta bayaran pendahuluan bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali serta segera membuat laporan polis sekiranya mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

"JSJK akan terus mempergiatkan usaha pencegahan, siasatan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah ini," ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang menjadi mangsa sebarang bentuk penipuan khususnya berkaitan tawaran pekerjaan sambilan disarankan supaya segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan awal selain membuat laporan polis di balai berhampiran.

"Tindakan segera ini penting bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah pantas untuk mengesan dan membekukan aliran kewangan yang terlibat serta menjalankan siasatan lanjut," ujarnya.