Jiran hidu bau busuk bongkar penemuan mayat berulat dalam rumah

Iklan
Mayat warga emas terbaring di atas kerusi di ruang tamu di rumahnya di Taman Seri Inderapura ditemui jirannya selepas terhidu bau busuk. Foto Polis Kuantan

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bau busuk yang dihidu seorang jiran membawa kepada penemuan mayat warga emas terbaring di atas kerusi diruang tamu di rumahnya di Taman Seri Inderapura di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, laporan penemuan mayat lelaki berusia 78 tahun itu diterima kira-kira jam 8.47 malam.

Iklan
Iklan

“Setiba di lokasi, mayat ditemui di ruang tamu dalam keadaan mulai membengkak dan berulat serta dianggarkan sudah beberapa hari meninggal dunia.

"Rumah tersebut dalam keadaan berkunci terpaksa dipecahkan bagi mengeluarkan mayat untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ashari memaklumkan, pemeriksaan awal di kediaman tidak menemui sebarang kesan pergelutan, jenayah atau barang mencurigakan.

Jelasnya, hanya beberapa jenis ubat milik ditemui, termasuk untuk penyakit darah tinggi, sakit jantung, kolesterol dan kanser prostat.

Iklan

“Mangsa dipercayai meninggal beberapa hari sebelum ditemui dan tiada tanda-tanda jenayah terlibat.

"Usaha mengesan waris sedang dijalankan bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil siasatan lanjut.