KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda tiga negeri di Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata, amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 3 petang itu, melibatkan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.