Cabaran depan Hannah Yeoh Menteri WP baharu
Iklan
Hannah Yeoh adalah ahli Parlimen keturunan Cina dan DAP yang pertama menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Foto Bernama
PENUKARAN portfolio dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu yang paling menarik ialah pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan (WP) yang baharu. Ia membawa risiko politik besar tetapi juga berpotensi mengubah naratif politik kebangsaan.
Pelantikan beliau merupakan satu precedent baharu – ahli Parlimen keturunan Cina dan DAP yang pertama memegang jawatan ini.